Salam Dari Kejauhan......

Sunday, 22 January 2012

Kursus Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam....



Pusat Giat MARA, Paka

Pada akhir tahun 2011 bermula 23 Disember.....seramai 15 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti Kursus Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam di Pusat Giat MARA, Paka yang terletak di Kampung Nyiur. Dari seramai 15 orang ini, 7 orang daripadanya adalah terdiri dari guru dan staf SMK Kuala Jengal. Mereka terdiri dari OBO, cikgu Md Idris, cikgu Abdul Satar, cikgu Bazri Alias, Zulkifli Awang (penyelia Asrama), CK Abdul Hakim (Pengawal Keselamatan) dan juga Tuan Mukhtar (Pemandu).


Bergambar kenangan dengan tenaga pengajar...

En Zul sedang mengimpal kumai pada keluli rata...

Terdapat 2 Modul yang diperkenalkan kepada peserta iaitu "Mengimpal Kumai Lurus Pada Keluli Dalam Kedudukan Rata" dan juga "Mengimpal besi Hollow". Antara objektifnya ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah yang betul bagi mengimpal kumai lurus dalam kedudukan rata pada keluli lembut yang berketebalan 9mm - 12mm dengan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan  yang bersesuaian mengikut proses Sheild Metal Arc Welding (SMAW). Ini adalah penting supaya kerja-kerja yang dilakukan dengan selamat dan hasil kerja kimpalan yang dibuat menepati blueprint serta mengikut Standard American Society (AWS)
                                                                                                                                                                                  
Cikgu Satar sedang ditunjukcara untuk kimpalan kumai...
Peserta kursus telah diberi penerangan yang jelas mengenai beberapa asas penting yang perlu diketahui tentang teknik mengimpal lurus berlapis, mengenalpasti pemilihan elektrod dan kemahiran bagi melaras arus. Antara perkara yang selalu ditekankan oleh tenaga pengajar ialah aspek-aspek yang menentukan kejayaan sesuatu kerja kimpalan. Antaranya penggunaan elektrod yang sesuai, jarak arka yang betul, cara memulakan arka, arus kimpalan yang sesuai dan sudut elektrod yang betul. 


Hasil kimpalan kumai oleh cikgu Satar.....


Dol sedang membuat kimpalan besi hollow....

Sepanjang kursus yang bermula 23 Disember 2011 dan berakhir 20 Januari 2012 yang lalu para peserta sentiasa diingatkan agar mengambil berat dalam aspek keselamatan di bengkel dan semasa menjalankan kerja-kerja kimpalan.  Ini kerana kecuaian atau tidak mengikut peraturan keselamatan boleh menyebabkan kehilangan jiwa, kemusnahan harta benda ataupun kecacatan anggota badan. Antara aspek keselamatan yang dititikberatkan ialah pakaian keselamatan diri terutama dari segi penggunaan sarung tangan kulit, kasut keselamatan, cermin mata keselamatan  dan juga apron.
Sepanjang kursus hujung minggu yang diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.....semua peserta berpeluang untuk melakukan kerja-kerja kimpalan kumai pada keluli dan juga besi hollow. Antara peserta yang berminat membuat kimpalan kumai pada keluli permukaan rata ialah cikgu Satar, cikgu Md Idris, cikgu Bazri dan CK Abdul Hakim (Dol). Sementara OBO lebih berminat kepada kimpalan besi Hollow sahaja. Cuma kita di kalangan peserta tak pasti Mukhtar minat yang mana satu.....


Hasil kerja kimpalan besi hollow OBO....


Kursus yang kita ikuti ini merupakan program Latihan 1 Malaysia yang merupakan skim latihan atau kursus kemahiran yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Life Long Learning) yang dilaksanakan di Giat MARA secara modular. Antara kumpulan sasaran latihan kemahiran ini ialah golongan yang berdaftar dengan e-kasih, ibu/bapa tunggal, OKU, pekerja industri, pesara, komuniti setempat ataupun lain-lain individu yang berminat mengikuti latihan yang dianjurkan.








Taklimat akhir kepada peserta kursus....
En Rashid selaku penyelaras menyampaikan amanat.....
En Mohamad menerangkan kaedah kimpalan besi hollow....


Bagi pihak peserta kursus dan SMK Kuala Jengal....kita merakamkan berbanyak ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada dua orang tenaga pengajar En Mohamad dan En Wan Rukmar dari Giat MARA Paka serta En Rashid yang bertindak selaku penyelaras kursus Latihan 1 Malaysia ini kerana memberi peluang kepada guru-guru dan staf SMK Kuala Jengal untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang teknologi kimpalan dan fabrikasi logam. 



Kita juga mengharapkan agar kursus ini adalah permulaan kepada guru-guru dan staf SMK Kuala Jengal untuk mengikuti kursus-kursus lain yang ditawarkan oleh Giat MARA pada masa-masa akan datang. Buat masa sekarang kita sedang merancang untuk memohon kepada pihak Pusat Giat MARA bagi mengikuti kursus "Industrial Maintenance" yang merangkumi latihan ikat bata, paip domestik dan pendawaian elektrik.



Selamat Maju Jaya..........









4 comments:

eita said...

wat ke aku se kuda...comel plok..

OBO said...

tempahan boleh dibuat secara on-line...nyatakan saiz kekuda yang dikehendaki dan anggaran kos...he.he.he

eita said...

owoh......bayaran melalui bank mana?

OBO said...
This comment has been removed by the author.