Salam Dari Kejauhan......

Friday 11 November 2011

Majlis Jasamu Dikenang SMK Kuala Jengal 2011.......



Petang tadi Kelab Akrab SMK Kuala Jengal mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan guru-guru kita yang pernah berkhidmat di sekolah ini, tapi dah bertukar. Ada yang dah lama bertukar tapi baru diraikan. Tak apalah....biar lambat asal buat. 

Antara guru-guru yang diraikan termasuklah ustazah Mahani yang merupakan bekas Ketua Bidang Kemanusiaan. Juga merupakan orang lama yang menjadi pengasas pembukaan sekolah ini. Beliau sekarang bertugas di SMK Wakaf Tapai, Marang. Tinggal di Kuala Terengganu.....taklah jauh sangat dari rumah.

Ustazah Mahani
Guru kedua yang diraikan ialah Nor Liza Muda yang kini bertugas di SMK Seri Rasau di Felda Rasau. Rumah di Gong Pasir je... Nak kata baru, rasanya lama juga Nor Liza bertugas di Kuala Jengal ni. Apa pun beliau bertukar bukan kerana minta tukar tapi sekolah kita terlebih opsyen....

Cikgu Siti Zaleha juga diraikan dalam majlis ini.....beliau yang lebih glamour dengan panggilan ctZ juga bertukar kerana lebih opsyen sains di sekolah ini. Bukan apa, kita tak ada aliran sains tingkatan 4 dan 5. Maka berlakulah lebihan guru. Cuma tinggal lagi disebabkan pergerakan guru ini hanya dalam daerah saja....tak dapatlah cikgu Siti nak pindah dekat dengan rumah beliau di Cendering tu. Beliau sekarang bertugas di SMK Kompleks Rantau Abang. Dekatlah sikit berbanding dengan di Kuala Jengal....

Cikgu Nor Liza Muda
Cikgu Siti Zaleha
Dalam majlis ini turut diraikan 2 orang guru GSTT yang menamatkan perkhidmatan mereka akhir tahun ini iaitu Wan Normala dan Ana Salwa. Cikgu Normala dah tahun kedua menjadi GSTT di sekolah ini. Mudah-mudahanlah kedua-dua guru GSTT kita ini akan diserapkan untuk dilantik sebagai GST suatu hari nanti. Khabarnya ada program seakan-akan KDC (Kursus Dalam Cuti) untuk GSTT seluruh negara. Kita doalah kejayaan mereka.... 

Kita juga juga meraikan seorang guru ganti dari Durian Mas iaitu Cikgu Ahmad Safuan Abd Ghafar yang merupakan lulusan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim. Safuan mengganti sementara Cikgu  Samiah yang terlibat dengan kemalangan jalanraya sewaktu nak datang ke sekolah di Bukit Payung, Kuala Terengganu. Walaupun Safuan sempat berbakti 2 minggu sahaja namun katanya inilah pengalaman pertama beliau bertugas sebagai seorang guru selepas tamat pengajian. Perkhidmatan Safuan sebagai guru ganti diteruskan di SMK Padang Pulut kerana Cikgu Samiah ditukarkan ke SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu atas faktor kesihatan beliau yang masih belum sembuh sepenuhnya. 
Wan Normala
Ana Salwa

Ahmad Safuan Abd Ghafar
Kebiasaannya setiap akhir tahun akan ada guru kita yang bertukar sekolah tak kiralah sama ada memohon bertukar atau ditukarkan atas keperluan perkhidmatan. Antara guru yang memohon bertukar dan dah dapat keputusannya ialah cikgu Azlini iaitu Ketua Bidang Vokasional dan Teknik. Beliau adalah antara guru termuda yang dilantik sebagai Ketua Bidang.


Khabarnya cikgu Azlini ditempatkan di SMK Kuala Besut...... katanya sampai hajat nak balik kampung setelah sekian lama berjauhan dari keluarga. Pada kesempatan ini beliau turut sekali gus diraikan dalam majlis perpisahan dan jasamu dikenang ini. Tahiahlah buat Azlini yang mendapat khabaran berita gembira lebih awal dari rakan-rakan yang juga memohon bertukar tapi belum tahu cerita lagi. 


Untuk tahun 2011 ini kalau tak salahlah....guru kita yang memohon bertukar seramai 5 orang. Yang dapat setakat ini hanyalah cikgu Samiah dan Azlini saja. Calon menunggu...cikgu Siti Asiah, Yushauri dan juga Ustazah Salasiah. Bergantung kepada rezekilah bagaimana keputusannya nanti. Kepada cikgu Azlini, selamat bertugas di tempat baru dan bagi pihak SMK Kuala Jengal kita ucapkan berbanyak terima kasih. Begitu juga kepada guru-guru kita yang lain yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa di pedalaman ini. Kepada guru-guru lain yang masih berkhidmat di sekolah yang jauh di pedalaman ini, kita akan teruskan perjuangan kita hingga visi dan misi sekolah kita tercapai. Anak bangsa kita yang jauh tersisih dari pembangunan ini dahagakan pengorbanan kita sebagai agen perubahan dan arkitek sosial untuk membentuk mereka sebagai insan yang cemerlang.

Azlini
Pihak sekolah juga merakamkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada Kelab Akrab yang telah berjaya mengadakan Majlis perpisahan untuk guru-guru kita yang telah bertukar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada awal majlis. Semoga permasalahan yang berlaku akan mematangkan lagi pengurusan Kelab Akrab untuk masa-masa yang akan datang. Apa yang penting, majlis kita dapat kita laksanakan seperti mana yang kita jadualkan.


                    
                      Dari Kiri: Bazri, Satar, Saipul Bahri, OBO, Fadir, Md Idris, Yushauri & Ahmad Safuan
Berdiri Dari Kiri: Ana Salwa, Hajjah Napisah, Faridah, Sandawati, 
Siti Zaleha, Mahani,  Azlini, Salasiah & Siti Asiah.....
Duduk Dari Kiri: Wan Normala, Nor Liza & Noor Riza