Tempat proses siap untuk beroperasi
Air buang disalur terus melalui paip 2 inci
ke sistem perparitan
Sistem Paip Air Buang Melibatkan:
1. Tempat penyembelihan
2. Kolah tempat ayam sembelih
3. Air cuci lantai tempat proses
4. Air Mesin buang bulu ayam
5. Air kolah cuci perut dan bersih ayam
Kos Peralatan Projek Pemprosesan Ayam Pedaging
Perkara Harga
1. Mesin proses bulu ayam (10 ekor) 2,300.00
2. Mesin potong ayam 2,400.00
3. Pisau pemotong daging 35.00
4. Sudip kayu 33.00
5. Kawah (garis pusat 3 kaki) 220.00
6. Bakul isi ayam proses (6 buah) 270.00
7. Bakul ayam hidup (30 buah) 2,100.00
8. Dapur untuk celur ayam 220.00
9. Tong Gas (2 buah) 120.00
10. Chopping Board 120.00
11. Pisau sembelih ayam 29.00
12. Pisau buang perut ayam 20.00
13. White board (untuk catatan) 200.00
14. Kipas angin dinding (2 unit) 540.00
15. Dacing tinggi 1,700.00
16. Tangki air 600 gelen (2 buah) 1,200.00
17. Pam air 0.5 hp 130.00
18. Mesin celur (terpakai) 6,000.00
JUMLAH : RM 17,637.00
Kedai menjual peralatan memproses ayam
Jalan Kg Cina, Kuala Terengganu
16. Plastik isi ayam proses (Satu guni):
12 x 15 = 1 ekor ayam (30 kg) 160.00
15 x 18 = 2 ekor ayam (30 kg) 160.00
18 x 22 = 3 ekor ayam (24 kg) 160.00
20 x 24 = 5 ekor ayam (30 kg) 160.00
Kedai menjual plastik isi ayam
Syarikat yang menjual bakul ayam hidup
Sumber air tempat proses: Telaga Tiub
Kedalaman: 100 kaki bawah tanah
|
27 comments:
Assalamualaikum Tuan OBO...
Sentiasa mngikuti perkembangan projek ternakan ayam pedaging tuan..sekarng dah ada tmpat pemprosesan sendiri..tahniah tuan..
Feral KK:
Terima kasih kerana mengikuti perkembangan.....sekadar perkongsian ilmu yang tidak seberapa berdasarkan pengalaman sendiri.
Tahniah cikgu!!
Koperasi Nikmat:
Sekadar hobi menulis blog....mengisi masa terluang.
Salam cgu..saye berminat nk buke tmpt proses ayam..kalo mule2 nk berjinak2 ni bank ade bg pinjaman tak?
Moge encik diberi rezeki yg melimpah ruah atas perkongsian ilmu oleh encik
BooDuck EmY:
Untuk memulakan projek pemprosesan ayam begini biasanya kita berunding dengan Agro Bank. Setelah projek ini beroperasi sekitar 3 bulan, tuan boleh merujuk kepada TEKUN Nasional atau MARA untuk pinjaman modal pusingan bagi membeli ayam hidup.
Apa yang penting bermula dari hari pertama operasi, tuan perlu simpan resit pembelian ayam hidup dan resit jualan ayam proses. Keluarkan bil tunai atau invoice untuk setiap jualan. Resit ini adalah bahan bukti yang diperlukan oleh institusi kewangan bagi mengukuhkan permohonan pinjaman kita.
Setiap kutipan tunai atau cek pembayaran ayam proses yang diterima setiap hari MESTI dimasukkan ke dalam Bank terlebih dahulu sebelum digunakan semula untuk pembayaran belian ayam hidup. Khaskan satu Bank yang khusus. Ini penting untuk rujukan institusi kewangan bagi membuktikan ada transaksi urus niaga kita.
Rujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah atau Negeri untuk mengikuti kursus penyembelihan bagi malayakkan kita mendapat sijil penyembelihan dan sijil halal dari pihak berwajib.
Stok ayam hidup dan ayam yang sudah diproses mesti direkod dengan tepat pada setiap hari. Tanpa kawalan rekod ini ayam kita boleh "hilang" tanpa kita sedari.
Sekadar sedikit perkongsian pengalaman di awal operasi.......
Alif Mal:
Terima kasih atas doa dan harapan tuan......Saya turut mendoakan kebahagian dan kesejahteraan tuan.
Assalamualaikum tuan
saya ingin tahu, total kos untuk memulakan perniagaan pemprosesan ayam ni berapa ye tuan
Assalam tuan. Sy berminat untuk buka pusat proses ayam. Bagaimanakah kaedah saliran yang terbaik untuk dipraktikkan. Masalah utama adalah bau. Kalau bulu ayam dikeringkan dan dibakar, bagaimana pula dengan bahagian dalaman ayam. Terima kasih. Nazrol.
Assalam tuan. Sy berminat untuk buka pusat proses ayam. Bagaimanakah kaedah saliran yang terbaik untuk dipraktikkan. Masalah utama adalah bau. Kalau bulu ayam dikeringkan dan dibakar, bagaimana pula dengan bahagian dalaman ayam. Terima kasih. Nazrol.
assalamualaikum cikgu,ad no wsapp x utk sy hubungi cikgu??sy nak belajar mengenai bisnes ayam ni dripd cikgu kalau xkeberatan..
sungguh menginspirasikan
alhamdulillah...semoga cikgu makin bjaya dan trus bjaya insya'Allah Amin
Adakah tuan membina tempat memproses ayam di atas tanah sendiri dan berapakah modal keseluruhan yang tuan keluarkan bagi memulakan perniagaan.ini kerana saya juga ingin memulakan perniagaan ini dan sedang melakukan research.harap tuan dapat memberi tunjuk ajar..terima kasih..
Terima kasih atas perkongsia.Suami sy bercadang utk buka perniagaan proses ayam.semoga ia menjadi panduan
Hebat
Alhamdulillah syukur..
Salam tuan,dimana boleh dptkan mesin celur ayam??tuan ada no yg boleh dihubungi
Inspirasi. Moga ALLAH mengganjari Tuan & team yg sudi berkongsi ilmu ini dgn balasan kebaikan yg banyak.
aslm..bole thu detail modal.nasihat utk memulakan peniagaan ni.
Baca dgn teliti... Ada.. Saya nampak ada.
Kalau pakai kawan tu Ada masalah x tuan
💪
Terima kasih perkongsian..tahniah perusahaan ayam pedaging berjaya sehingga boleh memproses ayam yg siap sedia diguna
Assalamualaikum, terima kasih, perkongsian ilmu yg bermanafaat... semoga tuan berjaya di dalam perniagaan.
Assalamu'alaikum terima kasih tuan atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Saya juga sedang mencari ilmu untuk memulakan perniagaan pemprosesan ayam secara borong. mohon tunjuk ajar tuan.
Terima kasih
Post a Comment