Rombongan Lawatan Ke Perth, Australia bertolak jam 4.15 petang hari Ahad: 18 Disember 2011 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Agen pelancongan yang menguruskan lawatan ini ialah WMH (Wisdom Merge Holidays Sdn Bhd).
Penerbangan pesawat MAS dari Kuala Lumpur berlepas ke Perth jam 8.10 malam dan mengambil masa 5 jam 20 minit. Rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 1.45 pagi.
Tiba di tempat penginapan di Harbour Town, kira-kira jam 2.45 pagi. Kami menginap di City Stay Apartment Hotel di mana 1 unit Apartment menempatkan 4 orang ahli rombongan.
Dalam Apartment ini sangat selesa yang dilengkapi dengan mesin basuh dan pengering serta dapur untuk memasak. Dua bilik disediakan. OBO bersama cikgu Ariffin Mohamad, Mantan Pengetua SMK Paka yang bersara awal Disember 2011. Sementara Dua orang lagi Cikgu Adan (memang nama dia dieja begitu....bukan Adam) dan cikgu Haji Razali.
Wakil agen pelancongan yang turut serta bersama rombongan ini ialah Rosliza dan Syuhada dari Malaysia manakala wakil agen di Perth ialah Yasmaine.
Turut turun padang sepanjang lawatan ini ialah Dato' Abu Bakar yang lebih mesra dengan panggilan Dato' Burn yang juga merupakan Pengarah Urusan jutawan Tours Pty Ltd. Beliau berasal dari Ipoh dan menetap di Perth.
Sepanjang 7 hari berada di Perth, bas yang membawa ahli rombongan dipandu oleh Mr Paul. Mereka cukup menepati masa perjalanan. Tidak ada istilah `Masa Melayu'.......
Dua perkara yang membezakan antara tempat kita dengan Perth ialah......pertamanya dari segi kebersihan. Bandar di negara maju sangat bersih. tidak kelihatan sampah sarap merata-rata. Berada di Perth selama seminggu menyebabkan kita merasa kagum dengan etika dan tamadun penduduk mereka dari aspek menjaga kebersihan persekitaran.
Bersama Mr Paul |
Sempat bersama Mr Greg dalam satu perjalanan mengelilingi bandar Perth dengan menaiki laluan 'Yellow CAT' yang dipandunya, apabila cukup satu pusingan, pemandu akan berehat 6 minit. Apabila cukup sahaja masa rehat 6 minit, beliau akan kembali memandu kembali bas tersebut. Kita lihat mereka cukup beretika dalam menjalankan tugas.
Gambar ini diambil sekitar jam 5.00 pagi dari tingkap Apartmen |
Mungkin bagi orang Australia, cuaca sebegini sudah cukup memeritkan mereka, sehinggakan tempat permainan kanak-kanak pun ada atap.
Satu perkara yang kita lihat berbeza dengan tempat kita ialah penggunaan motosikal. Di jalan-jalan raya tidak kelihatan motosikal engin berkuasa rendah. Yang ada di jalanraya hanyalah motosikal berkuasa tinggi.
Di sepanjang perjalanan ke tempat-tempat lawatan, panorama di kiri dan kanan jalan cukup menarik perhatian kita. Terdetik di dalam benak pemikiran kita....mungkin ini antara sebab mengapa orang sanggup berbelanja untuk bercuti ke luar negara. Cukup mendamaikan perasaan.
Sepanjang lawatan, dua buah restoran yang dikunjungi untuk makan tengah hari dan malam ialah restoran milik orang Malaysia.
Semasa di Swan River, sempat juga minum petang di sebuah kedai kopi. Kami singgah di sebuah kedai 'Victoria Coffee'. Bersama rakan 4 orang, kami pun mintalah 4 cawan Victoria Coffee. Dengan selamba pelayan kedai tersebut menyapa " Victoria Coffee" itu nama kedai dan bukannya nama kopi...... Secawan kopi+2 keping roti = RM 25.00.....negara maju!!!
Semasa mengerjakan sembahyang Jumaat di Masjid Ar Rukun yang terletak di Rockingham City, kita lihat cara penyampaian kutbah amat berbeza dengan masjid-masjid di negara kita. Cara penyampaiannya bersahaja dan seolah-olah bercakap dengan kita dalam situasi tidak formal.
Kemudahan awam dijaga dengan baik tanpa vandalisme. Telefon awam, tempat rekreasi, tempat rehat dan tempat menunggu bas merupakan contoh terbaik.
Tempat menunggu bas Yellow CAT |
Kebiasaannya di Malaysia , kita dapat melihat pemandangan matahari terbit. Namun di Perth kita berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam. Semasa di Monumen Hill Memorial, detik-detik ini sempat dirakamkan oleh lensa kamera sebagai kenangan...
Matahari terbenam di Fremantle, Australia |
Kebanyakan kedai-kedai mula dibuka pada jam 10.00 pagi dan menamatkan operasinya pada jam 5.00 petang. Kehidupan waktu malam sepi saja. Yang anehnya tidak ada kedai makan yang menjual sarapan pagi. Rombongan kami dibekalkan ke bilik-bilik untuk sarapan pagi dengan menu biasa di Malaysia seperti mi goreng dan nasi lemak. Ketika ditanya mengapa operasi perniagaan ditutup lebih awal, mereka mengatakan tidak sanggup membayar gaji pekerja kerana di Australia diamalkan dasar gaji minimum iaitu AU$20/jam atau kira-kira RM66.00/jam. Kadar tukaran matawang AU$1 = RM3.30. Itupun jika kita menukar ke matawang AU$ di Malaysia. Sebaliknya jika tukaran dilakukan di Perth, kadar tukaran yang diterima di 'Money Changer' ialah AU$1 = RM3.60....
Semasa kunjungan ini juga sempat terserempak dengan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Perth iaitu di University of Western Australia dan Curtin University
Penuntut Malaysia di Perth |
Semasa berjalan-jalan di tengah-tengah bandaraya Perth terserempak juga dengan 'Seniman Jalanan' yang 'menghiburkan' orang ramai sambil mencari rezeki.
Seniman Cilik Jalanan |
Seniman Jalanan - Warga Emas |
Semasa singgah di masjid Al-Majid untuk bersembahyang, sempat juga berjumpa dengan beberapa orang jemaah yang merupakan orang Malaysia yang menetap di Perth ini. Yang terujanya bila terpandang ada juga kalimah dalam Bahasa Melayu di perkarangan masjid ini biarpun dalam struktur ayat yang kita rasa tidak begitu tepat.
Masjid Perth |
Sepanjang lawatan ke Perth bermula18 - 25 Disember 2011, beberapa tempat telah dikunjungi termasuklah Caversham Wildlife Park.....
Sempat juga singgah seketika di ladang anggur.....biarpun belum masak ranum lagi...
Pada sebelah petang 21 Disember 2011 ahli rombongan singgah di Hillarys Boat Harbour yang terletak di Sorrento Quay yang menyaksikan pelbagai jenis bot mewah.
Kami juga sempat singgah di Fremantle yang merupakan pelabuhan bagi Perth....
Satu tempat yang tidak kurang menariknya ialah di Mandurah. Di sini terdapat banyak rumah-rumah mewah yang dibina di Mandurah Bay.
Apa yang lebih menariknya semasa menyusuri Mandurah Bay ini ialah terdapat keunikan jambatan di mana kaki pancing boleh turun ke bawah jambatan tanpa mengganggu laluan kenderaan.
Hari Sabtu 24 Disember 2011 merupakan hari terakhir berada di benua yang terletak di Kutub Selatan......Rombongan bertolak balik dari Perth dengan pesawat MH 126 jam 2.30 pagi dan tiba di KLIA pada 25 Disember 2011 jam 8.00 pagi........
Suatu Kenangan Yang Cukup Indah........
PERTH......Australia
10 comments:
motor besar hok lawa tu..
kalau berminat boleh confirm order...Harga bisa dirunding.
best lau bleh join g melancong luar negara.. hehe
Hismayuddin: Mudah-mudahan Hismayuddin akan menjejakkan kaki ke bumi Perth ini suatu hari nanti....
assalam sy sufi..semasa anda berada di perth..anda pergi ke UWA kan?..boleh x sy dpatkan contact number org sana..sama ada management U sana or pelajar malaysia yg belajar di sana..kerana InsyaAllah awal tahun depan U kami hendak ke sana tp masih tidak dpat contact pihak sana lagi..harap saudara dpat reply dengan segera..jazakallah
Sufi,
saya tidak ada contact number staf UWA. memang semasa lawatan ada singgah di UWA. cuma mungkin Sufi boleh hubungi Pengarah Urusan Travel Agent di Perth yang mengurus rombongan kami iaitu Dato' Abu Bakar +61432372725....Dato' Abu Bakar berasal dari Malaysia cuma menetap di Perth....
Thanks a lot ya..insyaAllah akan contact die..tq
perth...aku datang..........:)
salam. kami ada 4 buah bungalow yg dijadikan holiday homes diperth. hotel diperth agak mahal, jadi sekiranya anda ingin bercuti bersama keluarga, it is advisable untuk sewa holiday bungalow. di holiday homes kami anda boleh memasak serta bersantai kerana mempunyai laman hadapan,blkg dan depan yg besar.untuk menjamu selera di luar memang mahal diperth jadi masak adalah solusi terbaik. Alhamdulillah, 4 holiday homes kami ini adalah dijamin suci dan halal brg2 periuk dan kuali kerana kami adalah org Malaysia yg beragama islam. silat lihat rumah kami di : http://www.youtube.com/watch?v=_B4EbBRJth0
email :apmahira@yahoo.com
60123360098
tkasih
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment