Saudara Khairuddin Mohamad |
Atas khidmat nasihat beliau maka SMK Kuala jengal memulakan langkah pertama mengenalpasti lokasi depan Blok A sebagai tapak bagi projek ini.
Tempat bagi mendapatkan peralatan Fertigasi ini adalah di Cameron Highlands. Maka pada hari Jumaat 29 Jun 2012 kita telah bergerak ke Kg Raja, Cameron Highlands bagi mendapatkan peralatan dan barangan yang diperlukan. Bertolak seawal 6.45 pagi dari Kuala Jengal beberapa barangan utama telah pun diperolehi....
Membeli Kelengkapan Projek Di Cameron Highlands |
Dalam masa yang sama bahan-bahan tempatan juga turut digunapakai bagi mengurangkan kos. Antaranya buluh tebal yang begitu mudah diperolehi dari Kampung Kuala Jengal. Panjang buluh yang diperlukan ialah 7 kaki yang akan digunakan sebagai tongkat dawai yang menggantung polibeg.
Pak Azam (kiri) dan Pak Manan (kanan) |
Buluh yang digunakan sebagai tongkat dawai |
Dawai yang digunakan ialah Dawai No 8 yang biasanya dijual segulung beratnya 50kg. Dawai ini merupakan tempat di mana polibeg yang berisi sabut digantung dan sekali gus berfungsi sebagai "para" tempat pokok timun ini menjalar.
Dawai No. 8 sebagai para |
Bagi tujuan meregangkan dawai ini, besi angle digunakan sebagai "sauh" untuk mengelakkan dari regangan dawai menjadi kendur. Besi angle ini dikerat 4 kaki setiap satu dan ditebuk lubang di bahagian atas untuk memudahkan dawai dicucuk. Besi ini ditanam pada kedalaman 4 kaki di dalam tanah. Bagi kawasan yang tanahnya lembut, besi angle ini tidak sesuai. Biasanya di kawasan tanah lembut, kita gunakan kayu barsaiz 3"x3" yang panjangnya 6 kaki. Ini bergantung sejauhmana kekuatan tekstur tanah berkenaan.
Besi Angle sebagai sauh
Besi angle ini ditanam sama ada secara condong atau menegak ke dalam tanah. Besi angle yang digunakan bersaiz 2 inci.
|
Secara keseluruhan perkakasan atau bahan yang diperlukan untuk projek ini termasuklah:
1. Tiang kayu 7 kaki (biasanya dari jenis kayu keras seperti Merbau atau Kulim)
2. Besi Angle 4 kaki (bagi kawasan tanah keras) @ Tiang kayu 6 kaki (bagi tanah lembut)
3. Dawai No. 8 (1 gulung @ 50 kg = 100 meter)
4. Polibeg berukuran 15" x 15" atau 16" x 16" Jenis UV (Ultra Violet)
5. Tubebin 16mm (1 gulung untuk 500 polibeg)
6. Microdrig 1.5mm (1 gulung = 1,000 meter)
7. Pen Dripper
8. Buluh (jenis tebal) 7 kaki
9. Paip Utama 2.0" (sama ada polypipe atau PVC)
10. Sabut (kebiasaannya 1 guni untuk 6 polibeg)
11. Tangki air 600 gelen 4 buah (bagi 3,000 polibeg)
12. Motor Air 2 HorsePower (HP)
13. Timer
14. Tali Pukat saiz 70 untuk gantung polibeg
15. Tali rafia untuk 'para' tanaman (Dehydrated Plastic String)
16. Benih jenis Hybrid F1-747
17. Baja Fertigasi (Pakej A & B)
18. Tangki 200 gelen (untuk campuran baja) 2 buah (bagi 3,000 polibeg)
19. Puncher+Tee
Barangan dan peralatan Fertigasi ini boleh diperolehi di Cameron Highlands. Kedai yang kita biasa berurusan ialah:
Anggaran Harga barangan yang diperlukan:
1. Tiang kayu (keras) 3"x3"x7' = RM7.00 sebatang
2. Besi Angle saiz 2" (4 kaki) = RM14.00 sebatang
3. Dawai No.8 = RM180.00 segulung @ 50kg
4. Polibeg 16"x16" Ultra Violet (UV) = RM7.50/kg
5. Tali Rafia = RM14.00 setongkol
6. Tubebin 16mm = RM85.00 segulung
7. Microdrig 1.5mm = RM240.00 segulung
8. Pen Dripper = RM0.60 sebatang
9. Buluh 7' = RM1.00 sebatang
10. Sabut kelapa = RM6.00 seguni
11.Benih Timun F1 Hybrid 747 = RM170.0 setin
12. Puncher+Tee = RM2.00
13. Baja Fertigasi (A+B) = RM100.00 satu set
Tiang kayu bersaiz 3"x3" yang panjangnya 7 kaki digunakan untuk berfungsi sebagai sagang (menegangkan dawai) biasanya dari jenis kayu keras. Jenis kayu yang kita pilih ialah kayu Kulim. Kayu ini boleh diperolehi dari kawasan hutan berdekatan dengan sekolah. Dapatlah jimatkan kos bagi menyediakan perkakasan asas untuk projek ini.
Kayu sagang ini akan dipasang di sebelah kiri dan kanan tapak projek tanaman sayur ini bagi meregangkan dawai. Jarak antara kayu sagang kiri dan kanan ini ialah 8 kaki di mana antara setiap kayu sagang ini boleh digantung 4 polibeg dengan jarak 2 kaki setiap polibeg.
Tiang Sagang sebelah kiri |
Dawai-dawai ini dipasang antara kayu sagang bertujuan untuk menggantung polibeg yang berisi sabut. Cara untuk meregangkan dawai ini ialah:
a. Ikat dawai no 8 ini di sauh sebelah kiri terlebih dahulu
b. Paut kayu sagang di sauh sebelah kiri dalam keadaan condong seperti dalam gambar di atas
c. kemudian ikat dawai di sauh sebelah kanan (secara anggaran apabila kayu sagang dipaut, dawai akan tegang)
d. Letakkan dawai di atas kayu sagang kemudian paut supaya kayu sagang sebelah kanan ini condong seperti dalam gambar di bawah.
e. Kalau sekiranya setelah dipaut masih belum tegang, laraskan balik panjang dawai di sauh dan paut semula kayu sagang di sebelah kanan hinggalah akhirnya dawai itu menjadi tegang.
f. Setelah dawai tegang, paku dawai di atas kayu sagang kiri dan kanan supaya dawai tersebut tidak tergelincir.
g. Kayu sagang di kiri dan kanan tidak ditanam. Ia cuma diletakkan di atas tanah sahaja.
Tiang Sagang sebelah kanan |
Kaedah menanam sayur-sayuran menggunakan polibeg secara gantung ini adalah merupakan salah satu kaedah alternatif yang praktikal yang diadaptasi dari sistem fertigasi. Ia merupakan contoh terbaik pendekatan "Blue Ocean Strategy" (Strategi Samudera Biru) dalam bidang pertanian. Antara kelebihan kaedah ini ialah:
a. Tanaman cara ini terselamat dari musuh seperti babi kerana ia tergantung
b. Tidak perlu membina sistem perparitan
c. Boleh diusahakan di mana sahaja walaupun di kawasan tanah berbatu kerana medium
yang digunakan untuk menanam bukannya tanah tetapi sabut kelapa
d. Tidak perlu racun rumpai kerana aras polibeg adalah tinggi
e. Tanaman sayuran boleh diusahakan sepanjang tahun
f. Tidak perlu mengeluarkan kos membajak tanah
g. Kaedah fertigasi menjimatkan kos buruh di mana kawalan siraman dan membaja
dikawal oleh "timer"
h. Pengeluaran hasilnya jauh lebih baik dari kaedah penanaman biasa.
Dalam memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual, En Zulkifli Awang bersama En Halim Idris merupakan tulang belakang yang sentiasa memantau dan merangka gerak kerja yang dijalankan.
En Zulkifli Awang (Kanan) & En Halim Idris (Kiri) |
Setelah kayu sagang dipasang, dawai ditarik tegang untuk menggantung polibeg. Sementara buluh digunakan sebagai tongkat untuk mengelakkan dari dawai tersebut menjadi kendur. Jarak segiempat antara buluh-buluh tadi ialah 8 kaki x 8 kaki. Semasa buluh ini didirikan, polibeg perlu digantung serentak supaya buluh yang dijadikan tongkat ini tidak tumbang. Ini memandangkan buluh ini tidak ditanam dan ia hanya didirikan di atas tanah sahaja. Polibeg yang digantung serentak akan berfungsi sebagai pemberat yang menyokong buluh ini.
Buluh Sebagai Tongkat Dawai |
Kerja terakhir di tapak sebelum polibeg digantung ialah sistem pengairan di mana aliran paip ditentukan dari tangki utama. Paip PVC 50mm dan 40mm digunakan untuk aliran utama air ke polibeg tanaman sayur. Paip utama ini ditanam di dalam tanah untuk mengelakkan terdedah oleh cahaya matahari yang memberi kesan kenaikan suhu air dan ketahanan paip itu sendiri. pokok timun akan stres jika air siraman panas akibat dari paip terdedah kepada cahaya matahari.
Paip PVC untuk sistem paip |
Saudara Khairuddin (Kiri) memberi pandangan teknikal |
Beberapa pandangan secara teknikal diberikan oleh saudara Khairuddin sewaktu mengunjungi tapak projek sekolah. Perkara yang dititikberatkan ialah susun atur polibeg, tapak lokasi tangki air dan juga ketinggian dawai serta penentuan ketinggian polibeg mengikut jenis sayuran yang ditanam. Semasa mendirikan kayu 3"x3" di bahagian tengah yang berfungsi mengukuhkan struktur, dawai yang bersilang di bahagian atas kayu (seperti dalam gambar di bawah) perlu dipaku agar kayu tersebut tidak tumbang.
Kerja-Kerja Menyiapkan Sistem Paip |
Untuk menggantung polibeg, biasanya tali yang digunakan ialah tali pukat nombor 70. Tali ini ternyata lebih tahan dari jenis nylon dan tahan panas.Tali pukat ini dipotong mengikut ketinggian polibeg digantung dan diikat pada dawai dengan jarak 2 kaki antara polibeg. Tali pukat ini boleh dikerat lebih panjang dari 3 kaki bergantung kepada jarak polibeg dengan tanah. Sementara di bahagian bawah tali ini diikat pula pada dawai berbentuk "S" yang akan digunakan untuk menggantung polibeg dan Tubebin 16mm.
Medium yang digunakan untuk tanaman ala-fertigasi ini ialah sabut kelapa yang telah diproses. Biasanya sabut ini boleh digunakan antara 5 hingga 6 pusingan tanaman. Sebelum digunakan semula, ia perlu dibasmi kuman terlebih dahulu. Pada kebiasaannya sebelum sabut ini dimasukkan ke dalam polibeg, kita biarkan sabut yang masih dalam guni ini terdedah kepada hujan agar ia basah dan memudahkan kita masukkan sabut ini ke dalam polibeg. Jika tiada hujan kaedah siraman air ke atas guni sabut ini boleh dipraktikan. Jika sabut ini dalam keadaan kering, ia berhabuk. Satu perkara lagi , semasa kita menyemai benih ke dalam polibeg kita perlukan sabut ini dalam keadaan basah untuk memudahkan benih ini bercambah. Sabut yang dibeli dari kilang ini kebiasaannya diisi di dalam guni. Setelah tanaman timun ini dituai, lapisan atas sabut pusingan lepas kita buang kira-kira separuh polibeg dan kita tambah separuh lagi dengan sabut yang baru. Semasa menanam benih timun ke dalam polibeg, kedalaman benih tersebut hanya seruas jari sahaja. Jika kita semai terlalu dalam, ia lambat tumbuh.
Cara mudah untuk menarik tali rafia ini ialah dengan menebuk beberapa lubang di buluh atau kayu di mana tali rafia ini akan dimasukkan ke dalam lubang ini dan tali rafia boleh ditarik beberapa baris secara serentak.
Setelah polibeg digantung, tali rafia dari jenis berkualiti tinggi diikat pada dawai antara kayu sagang dalam jarak 1 kaki. Tali rafia ini berfungsi sebagai "para" tambahan bagi membolehkan pokok timun ini menjalar. Jika jarak tali rafia melebihi 1 kaki, pokok timun yang menjalar akan jatuh.
Tali rafia ini penting memandangkan jarak antara dawai ialah 8 kaki x 8 kaki dan jarak ini tidak memungkinkan sayur untuk menjalar di atas "para". Jadi bagi merapatkan jarak antara dawai ini maka tali rafia digunakan.
Setelah semua polibeg digantung, kerja-kerja memasang tubebin 16mm pun bermula. Tubebin ini adalah untuk tujuan pengairan tanaman dan juga pembajaan.
Tubebin 16mm ini dipasang di bahagian atas polibeg bagi mewujudkan tekanan air secara graviti untuk keperluan tanaman. Bagi tujuan pembajaan, Tubebin yang sama juga digunakan.
Sabut Kelapa |
Tali rafia diikat pada dawai di bahagian tepi |
Menambah tali rafia yang putus di bahagian para menggunakan kaedah buluh yang ditebuk |
Pemasangan Tubebin 16mm |
Dawai "S" Diperbuat Dari Dawai No 8 |
Tali Rafia Berkualiti Tinggi (Dehydrated Plastic String)
|
Kerja pemasangan paip PVC |
Sistem Paip Utama |
Penebuk Tubebin (Puncher+Tee) |
Pen Dripper |
Microdrig (paip halus warna kuning) & Pen Dripper |
Fasa I: Stop Cork dipasang atas sebaris dengan tubebin Fasa II: menggunakan stop cork terus dari paip utama (Kaedah ini lebih menjimatkan kos dan masa) Komponen Penyambung Paip Utama Ke Tubebin Cara Pemasangan Ke Paip Utama Sambungan Tubebin ke Paip Utama |
Tangki Air 600 gelen |
Tangki Baja Fertigasi A & B
Dari segi pH air yang diperlukan oleh tanaman timun ini ialah antara jeda 5.0 - 6.0 Namun pH air yang terbaik ialah 5.5
Alat untuk mengukur tahap pH Air
Dari segi kepekatan baja pula bacaan EC (Electrical Conductivity) ialah:
Bacaan EC 1.5 - 2.0 (Mula timun ditanam hingga timun berbunga)
Bacaan EC 2.0 - 2.5 (Timun berbunga hingga berbuah)
Alat yang kita gunakan untuk mengukur Kepekatan Baja
Alat penimbang yang digunakan untuk menyukat baja:
|
Calsium Nitrate |
Iron Chelate |
Magnesium Sulphate |
Bagi memastikan baja ini disalurkan mengikut jadual, timer digunakan bagi menghidupkan motor air.
Timer Untuk Pam Air Ke Polibeg
Benih yang kita gunakan ialah dari jenis F1 Hybrid Cucumber (Timun Hijau) 747.
|
Tray semaian tambahan Hari Ke-4
|
Hari Ke-11 Hari Ke-14 |
Paip PVC 3/4" dipotong untuk digunakan sebagai pengikat Tubebin di bahagian hujung Hari Ke-17 |
Hari Ke-20 Hari Ke-21 (Kedudukan polibeg direndahkan berbanding pusingan sebelumnya) |
Hari Ke-23 |
Hari Ke-26 |
Pandangan Dari Atas: Hari Ke-26 |
Hari Ke-30: Berbunga Mula Berputik |
Hari Ke-33 (Pandangan Dari Blok A) |
Hari Ke-33 Hari Ke-33 Hasil mula dituai pada hari ke-35 Kutipan sehari (Biasanya kita kutip pada sebelah petang) |
Kerja-Kerja Packing Timun Plastik Pembungkus Timun |
Sebungkus 10kg Bersiap sedia untuk dipasarkan |
Pegawai Pelajaran Daerah Dungun Tuan Haji Bakar Bin Jusoh Turut Bersama Memberi Sokongan Moral |
Hari ke-38 (hari ke-3 tuai) |
Hasil Tuaian Timun di SMK Kuala Jengal, Dungun |
Hasil Timun turut dipasarkan di Pekan Budaya Dungun |
Suasana Di Pekan Budaya Dungun Waktu Malam Timun SMK Kuala Jengal turut dipasarkan di Pasaraya ANEKA, Dungun Timun SMK Kuala Jengal juga dipasarkan di Pasaraya YOU HOE, Dungun Pasaran utama ialah di Pasar Borong Pengadang Baru Kuala Terengganu
Dari segi pemasaran juga kita mendapat status Peserta Ladang Kontrak dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Purata hasil yang dijual secara borong ialah 15,000 kg (15 tan) bagi setiap pusingan.
Kita juga menerima kunjungan pelawat dari berbagai agensi bagi memberi sokongan moral kepada projek tanaman timun ini.
|
YDP PIBG Merangkap AJP PPK Jerangau, Tuan Haji Andera Mat Zin Turut Turun Padang Ke Projek Timun Sekolah Masyarakat setempat yang terdiri dari ibu bapa pelajar turut membantu menyiapkan laluan di projek tanaman timun pada sebelah malam Pegawai LPP Terengganu Tuan Haji Hashim Abas (Kiri Sekali) Bersama Pegawai PPK Jerangau Membuat Lawatan Kerja Ke Projek Tanaman Timun Lawatan Pegawai Veterinar Negeri Terengganu Lawatan Usahawan Dari Kuantan Lawatan Pengetua Maahad Tahfiz Sg Siput, Perak Ke Tapak Baru Fasa II Tanaman Timun SMK Kuala Jengal, Dungun |
Mahasiswi Fakulti Perhotelan UiTM Terengganu Kampus Dungun Menjalankan Kajian Dalam Bidang Keusahawanan. Dari Kiri: Rabiatul Hazwani Rosli, Nursuhada Abd Latif, Nurfarhana Amira Zohaimi, Nur Yuzy Rienda Yusri dan Nur Zunnurain Mohd Zain
Biasanya setelah 3 hingga 4 minggu hasil dituai, pokok timun ini akan dipotong bagi mematikan pokok ini. Pada kebiasaannya kalau cuaca panas berterusan, tempoh seminggu memadai untuk kita membuang semua pokok-pokok timun lama dari polibeg.
Setelah dikerat batang pokok timun ini, pokok timun yang telah kering dikeluarkan dari tapak tanaman dan dibakar bagi mengelakkan jangkitan virus tanaman untuk pusingan berikutnya.
Setelah semua sisa tanaman pusingan semasa dikeluarkan, kerja-kerja meracun rumput di bawah polibeg dilakukan untuk mengelakkan dari rumput-rumput ini menjadi perumah kepada serangga perosak tanaman.
Bagi menyelaras ketinggian polibeg dari tanah, semua polibeg di Lot Fasa I dan II direndahkan supaya buah senang dituai dan gred yang dihasilkan lebih baik berbanding dengan buah di aras para. Kaedah ini masih di peringkat percubaan. Untuk memastikan segala perancangan yang dibuat berjalan seperti mana yang dijadualkan, kerja-kerja turut dilakukan pada sebelah malam. Kerja pada waktu malam ini lebih kondusif berbanding pada waktu siang yang agar panas dan terhad pada awal pagi dan lewat petang sahaja.
Setelah tiga pusingan projek tanaman timun SMK Kuala Jengal dilaksanakan, Fasa kedua untuk projek yang sama pun bermula. Lokasi yang dipilih ialah di tepi padang bola di mana kedudukan tiang gol bola sepak dialih ke posisi lain tanpa mengubah spesifikasi dan standard yang ditetapkan.
Kerja-Kerja Mengukur Tapak Fasa II
Tapak Fasa II Tanaman Timun
SMK Kuala Jengal, Dungun
Bagi Fasa II ini pula melibatkan 43 lorong polibeg yang digantung dan 19 baris. Setiap baris 4 polibeg dengan jarak 2 kaki setiap polibeg. Jadi jumlah semua polibeg Fasa II ini ialah 3,268 polibeg. Ini bermakna jumlah keseluruhan Fasa I (2,841 polibeg) dan Fasa II (3,268 polibeg) ialah 6,109 polibeg. Setiap polibeg ditanam 2 pokok timun menjadikan jumlah semua pokok timun yang ditanam ialah 12,218 pokok.
Fasa II: Polibeg siap digantung
Sebelum anak benih ditanam, tapak yang baru biasanya diracun bagi mengelakkan rumput menjadi perumah kepada serangga perosak tanaman.
Semaian benih pusingan pertama bagi Projek Tanaman Timun Fasa II ini ialah pada hari Ahad: 23 Jun 2013.
|
Bersiap sedia untuk memasarkan hasil tanaman timun SMK Kuala Jengal Fasa I & II Fasa I: Hari Ke-33 (Pusingan Ke-4) Pemandangan Projek Tanaman Timun Fasa I & II |
41 comments:
g.luck...
Terima kasih atas sokongan moral.... semoga ia mampu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam bidang pertanian...
ooooo....setat doh ke projek sayur?...
belakang umah aku rasa boleh wat jugak ni...
berapa jumlah pokok timun yang di tanam?
Tahniah kepada semua terutama kepada GB, PIBG , En Zul dan semua yang terlibat dengan penuh azam dan semangat sehingga berjaya... Syabas...
Untuk Fasa I ini kita dah tanam 6,000 pokok. Jumlah polibeg ialah 3,000 (satu polibeg = 2 pokok. Terima kasih atas sokongan moral dari rakan-rakan dan agensi yang terlibat khususnya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerangau dan Pejabat Pertanian Daerah Dungun......
Tahniah !
berapa tan hasil yang dikeluarkan?
Sama macam dalam paper harian metro tu ke?projek skolah rendah
tuan update lah gambar terbaru... boleh dijadikan rujukan
Terbaaek cg. man!!
Dalam Harian Metro tu bukan SMK Kuala Jengal. Itu SK Tepus. dia orang buat dulu dari kita. cuma dia orang tidak dokumentasi seperti dalam blok ini.
Jumlah hasil bagi permulaan tanaman ini ialah 17 tan (17,000 kg). Ini adalah pengalaman pertama kita mengusahakan projek pertanian.
boleh ker tanaman nie di lakukan di kawasan mcm porch?porch tuh luas dlm linkungan 3/4 luas pdang bola sepak.. berbumbung setinggi bangunan 4 tingkat. dan berlantai bata.
brape kos keseluruhan projek?
Anonymous:
Masalah tempat berbumbung ialah kadar kemasukan cahaya matahari. mungkin boleh dicuba......kos projek bagi 3,000 polibeg sekitar 15K.....
tahniah....semoga Allah merahmati tuan OBO.
Syabas Cikgu , Info yang sangat-sangat berguna terima kasih
Anonymous:
Terima kasih atas sokongan moral.... Insyaallah kita akan perincikan dengan lebih teratur agar memudahkan rakan-rakan kita untuk melaksanakan projek seperti ini. Ini termasuklah kadar bancuhan baja dan tatacara melaksanakannya.
Tahniah cg Man....Semoga projek ini menjadi contoh dan rujukan kpd usahawan pertanian yg lain....Terbaeaakkk!!
Mohd Nor Azizi:
Terima kasih atas sokongan moral tuan......
Baguslah blog ini. Saya sangat suka kerana ia dapat memberi inspirasi kepada kita semua.Apa yang penting pihak sekolah tidak hanya memikirkan minta derma dan sumbangan dari pihak lain.
salam en omar
boleh sms no telefon kepada saya
ada beberapa pertanyaan mengenai tanaman timun
sila sms saya di 0182702096
terima kasih
maafkan saya silap
en othman bin omar
Salam Tuan, tuan guna racun serangga florbac sahaja ke ada lg racun lain. Kat mana boleh beli racun nie?
Jualan CoCo peat:
Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
gudang dekat port klang.
urusan hantar boleh di buat.
Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
chandra (mobile) 0123795729
Jualan CoCo peat:
Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
gudang dekat port klang.
urusan hantar boleh di buat.
Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
chandra (mobile) 0123795729
or e-mail : marketing@seribubio.com
Chandrar@seribubio.com
Jualan CoCo peat:
Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
gudang dekat port klang.
urusan hantar boleh di buat.
Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
chandra (mobile) 0123795729
or e-mail : marketing@seribubio.com
Chandrar@seribubio.com
Jualan CoCo peat:
Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
gudang dekat port klang.
urusan hantar boleh di buat.
Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
chandra (mobile) 0123795729
or e-mail : marketing@seribubio.com
Chandrar@seribubio.com
salam...nak tanya kpd mr. obo...untuk 3000 polybeg, berapa set baja a + b diperlukan untuk semusim..tq
Shamsul Sabirin:
Sejak tukar dari sekolah ini ke sekolah lain saya sudah tidak uruskan lagi projek ini. Maaflah saya dah tak ingat jumlah set baja A dan B tu.... Apapun untuk sebarang pertanyaan Shamsul boleh menghubungi En Zulkifli Awang (penyelia asrama sekolah ini) yang mengurus projek sekolah dan projek beliau sendiri di Kuala Jengal. No telefon En Zul 013-9841567
OBO. Your students must be gifted to get a teacher like you. Salutes to you.
Biasa saja ni.....Jaganathan. mengisi masa terluang.....
salam, saya ada tanah 1/2 ekar. kalau tanam secara fertigasi, berapakah kapasiti bilangan polibeg @pokok timun?
assalamualaikum tuan..bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat kadar bancuhan baja bagi timun.
Assalamualaikum encik boleh encik bagi tahu formula baja bagi pokok timun ni/kadar bancuhan baja yang sesuai untuk tanaman timun..
Salam. Saya berminat nak belajar fertigasi jenis gantung ni. Kalau en boleh bagi no tel saudara Khairuddin Mohamad sangat lah di hargai
Dear OBO,
Could you tell me How many feet from polybag to each other?
I really like this style so much to grow vegetable.
Best Regards,
Sambath
Salam encik.. Ada buat pakej fertigasi gantung timun tak?
Power terbaik
Salam encik..boleh x encik senaraikan berapa jenis racun dan vitamin yang digunakan..dan hari keberapa sepatutnya ia di gunakan..
Post a Comment