Tuesday, 13 August 2013

Projek Tanaman Timun Fertigasi Terbuka Di SMK Kuala Jengal, Dungun, Terengganu, MALAYSIA........


Atas minat yang mendalam dari kalangan guru dan kakitangan SMK Kuala Jengal terhadap tanaman sayur-sayuran ala-fertigasi maka kita bersepakat mengerakkan projek printis tanaman timun batang ini dengan kerjasama PIBG dan Kelab Guru & Kakitangan sekolah. Pihak sekolah juga mendapat komitmen dari segi perbekalan peralatan dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerangau atas ihsan Yang Dipertua PIBG sekolah ini iaitu Tuan Haji Andera Mat Zin yang juga merupakan Ahli Jemaah Pengarah PPK Jerangau. Kaedah baru ini diasaskan oleh seorang peladang Muda dari Kg Wa, Dungun iaitu saudara Khairuddin Mohamad. Saudara Khairuddin adalah merupakan seorang petani moden yang sepenuh masa menjadikan tanaman sayur-sayuran sebagai kerjaya. Beliau pernah dinobatkan sebanyak 2 kali sebagai Peladang Muda Jaya Peringkat Kebangsaan pada tahun 2000 dan 2004.

Saudara Khairuddin Mohamad
Atas khidmat nasihat beliau maka SMK Kuala jengal memulakan langkah pertama mengenalpasti lokasi depan Blok A sebagai tapak bagi projek ini.


Lokasi Projek Tanaman Sayur (Depan Blok A)
Tempat bagi mendapatkan peralatan Fertigasi ini adalah di Cameron Highlands. Maka pada hari Jumaat 29 Jun 2012 kita telah bergerak ke Kg Raja, Cameron Highlands bagi mendapatkan peralatan dan barangan yang diperlukan. Bertolak seawal 6.45 pagi dari Kuala Jengal beberapa barangan utama telah pun diperolehi....

Membeli Kelengkapan Projek Di Cameron Highlands
Dalam masa yang sama bahan-bahan tempatan juga turut digunapakai bagi mengurangkan kos. Antaranya buluh tebal yang begitu mudah diperolehi dari Kampung Kuala Jengal. Panjang buluh yang diperlukan ialah 7 kaki yang akan digunakan sebagai tongkat dawai yang menggantung polibeg. 

Pak  Azam (kiri) dan Pak Manan (kanan)
Buluh yang digunakan sebagai tongkat dawai
Dawai yang digunakan ialah Dawai No 8 yang biasanya dijual segulung beratnya 50kg. Dawai ini merupakan tempat di mana polibeg yang berisi sabut digantung dan sekali gus berfungsi sebagai "para" tempat pokok timun ini menjalar.

Dawai No. 8 sebagai para
Bagi tujuan meregangkan dawai ini, besi angle digunakan sebagai "sauh" untuk mengelakkan dari regangan dawai menjadi kendur. Besi angle ini dikerat 4 kaki setiap satu dan ditebuk lubang di bahagian atas untuk memudahkan dawai dicucuk. Besi ini ditanam pada kedalaman 4 kaki di dalam tanah. Bagi kawasan yang tanahnya lembut, besi angle ini tidak sesuai. Biasanya di kawasan tanah lembut, kita gunakan kayu barsaiz 3"x3" yang panjangnya 6 kaki. Ini bergantung sejauhmana kekuatan tekstur tanah berkenaan.

Besi Angle sebagai sauh


Besi angle ini ditanam sama ada secara condong atau menegak ke dalam tanah. Besi angle yang digunakan bersaiz 2 inci.


Secara keseluruhan perkakasan atau bahan yang diperlukan untuk projek ini termasuklah:

1. Tiang kayu 7 kaki (biasanya dari jenis kayu keras seperti Merbau atau Kulim)
2. Besi Angle 4 kaki (bagi kawasan tanah keras) @ Tiang kayu 6 kaki (bagi tanah lembut)
3. Dawai No. 8 (1 gulung @ 50 kg = 100 meter)
4. Polibeg berukuran 15" x 15" atau 16" x 16" Jenis UV (Ultra Violet)
5. Tubebin 16mm (1 gulung untuk 500 polibeg)
6. Microdrig 1.5mm (1 gulung = 1,000 meter)
7. Pen Dripper
8. Buluh (jenis tebal) 7 kaki
9. Paip Utama 2.0" (sama ada polypipe atau PVC)
10. Sabut (kebiasaannya 1 guni untuk 6 polibeg)
11. Tangki air 600 gelen 4 buah (bagi 3,000 polibeg)
12. Motor Air 2 HorsePower (HP)
13. Timer
14. Tali Pukat saiz 70 untuk gantung polibeg
15. Tali rafia untuk 'para' tanaman (Dehydrated Plastic String)
16. Benih jenis Hybrid F1-747
17. Baja Fertigasi (Pakej A & B)
18. Tangki 200 gelen (untuk campuran baja) 2 buah (bagi 3,000 polibeg)
19. Puncher+Tee

Barangan dan peralatan Fertigasi ini boleh diperolehi di Cameron Highlands. Kedai yang kita biasa berurusan ialah:



Anggaran Harga barangan yang diperlukan:

1. Tiang kayu (keras) 3"x3"x7' = RM7.00 sebatang
2. Besi Angle saiz 2" (4 kaki)  = RM14.00 sebatang
3. Dawai No.8 = RM180.00 segulung @ 50kg
4. Polibeg 16"x16" Ultra Violet (UV) = RM7.50/kg
5. Tali Rafia = RM14.00 setongkol
6. Tubebin 16mm = RM85.00 segulung
7. Microdrig 1.5mm = RM240.00 segulung
8. Pen Dripper = RM0.60 sebatang
9. Buluh 7' = RM1.00 sebatang
10. Sabut kelapa = RM6.00 seguni
11.Benih Timun F1 Hybrid 747 = RM170.0 setin
12. Puncher+Tee = RM2.00
13. Baja Fertigasi (A+B) = RM100.00 satu set

Tiang kayu bersaiz 3"x3" yang panjangnya 7 kaki digunakan untuk berfungsi sebagai sagang (menegangkan dawai) biasanya dari jenis kayu keras. Jenis kayu yang kita pilih ialah kayu Kulim. Kayu ini boleh diperolehi dari kawasan hutan berdekatan dengan sekolah. Dapatlah jimatkan kos bagi menyediakan perkakasan asas untuk projek ini.


Kayu sagang ini akan dipasang di sebelah kiri dan kanan tapak projek tanaman sayur ini bagi meregangkan dawai. Jarak antara kayu sagang kiri dan kanan ini ialah 8 kaki di mana antara setiap kayu sagang ini boleh digantung 4 polibeg dengan jarak 2 kaki setiap polibeg.

Tiang Sagang sebelah kiri
Dawai-dawai ini dipasang antara kayu sagang  bertujuan untuk menggantung polibeg yang berisi sabut. Cara untuk meregangkan dawai ini ialah:

a. Ikat dawai no 8 ini di sauh sebelah kiri terlebih dahulu
b. Paut kayu sagang di sauh sebelah kiri dalam keadaan condong seperti dalam gambar di   atas
c. kemudian ikat dawai  di sauh sebelah kanan (secara anggaran apabila kayu sagang dipaut, dawai akan tegang)
d. Letakkan dawai di atas kayu sagang kemudian paut supaya kayu sagang sebelah kanan ini condong seperti dalam gambar di bawah.
e. Kalau sekiranya setelah dipaut masih belum tegang, laraskan balik panjang dawai di sauh dan paut semula kayu sagang di sebelah kanan hinggalah akhirnya dawai itu menjadi tegang.
f. Setelah dawai tegang, paku dawai di atas kayu sagang kiri dan kanan supaya dawai tersebut tidak tergelincir. 
g. Kayu sagang di kiri dan kanan tidak ditanam. Ia cuma diletakkan di atas tanah sahaja.


Tiang Sagang sebelah kanan
Kaedah menanam sayur-sayuran menggunakan polibeg secara gantung ini adalah merupakan salah satu kaedah alternatif yang praktikal yang diadaptasi dari sistem fertigasi. Ia merupakan contoh terbaik pendekatan "Blue Ocean Strategy" (Strategi Samudera Biru) dalam bidang pertanian. Antara kelebihan kaedah ini ialah:

a. Tanaman cara ini terselamat dari musuh seperti babi kerana ia tergantung
b. Tidak perlu membina sistem perparitan 
c. Boleh diusahakan di mana sahaja walaupun di kawasan tanah berbatu kerana medium
    yang digunakan untuk menanam bukannya tanah tetapi sabut kelapa
d. Tidak perlu racun rumpai kerana aras polibeg adalah tinggi
e. Tanaman sayuran boleh diusahakan sepanjang tahun
f. Tidak perlu mengeluarkan kos membajak tanah
g. Kaedah fertigasi menjimatkan kos buruh di mana kawalan siraman dan membaja 
    dikawal oleh "timer"
h. Pengeluaran hasilnya jauh lebih baik dari kaedah penanaman biasa.

Dalam memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual, En Zulkifli Awang bersama En Halim Idris merupakan tulang belakang yang sentiasa memantau dan merangka gerak kerja yang dijalankan.

En Zulkifli Awang (Kanan) & En Halim Idris (Kiri)
Setelah kayu sagang dipasang, dawai ditarik tegang untuk menggantung polibeg. Sementara buluh digunakan sebagai tongkat untuk mengelakkan dari dawai tersebut menjadi kendur. Jarak segiempat antara buluh-buluh tadi ialah 8 kaki x 8 kaki. Semasa buluh ini didirikan, polibeg perlu digantung serentak supaya buluh yang dijadikan tongkat ini tidak tumbang. Ini memandangkan buluh ini tidak ditanam dan ia hanya didirikan di atas tanah sahaja. Polibeg yang digantung serentak akan berfungsi sebagai pemberat yang menyokong buluh ini.

Buluh Sebagai Tongkat Dawai
Kerja terakhir di tapak sebelum polibeg digantung ialah sistem pengairan di mana aliran paip ditentukan dari tangki utama. Paip PVC 50mm dan 40mm digunakan untuk aliran utama air ke polibeg tanaman sayur. Paip utama ini ditanam di dalam tanah untuk mengelakkan terdedah oleh cahaya matahari yang memberi kesan kenaikan suhu air dan ketahanan paip itu sendiri. pokok timun akan stres jika air siraman panas akibat dari paip terdedah kepada cahaya matahari.

Paip PVC untuk sistem paip
Saudara Khairuddin Mohamad selaku Konsultan projek tanaman sayur di sekolah ini membuat kunjungan untuk tujuan pemantauan bagi penyediaan infrastruktur kawasan tanaman.


Saudara Khairuddin (Kiri) memberi pandangan teknikal
Beberapa pandangan secara teknikal diberikan oleh saudara Khairuddin sewaktu mengunjungi tapak projek sekolah. Perkara yang dititikberatkan ialah susun atur polibeg, tapak lokasi tangki air dan juga ketinggian dawai serta penentuan ketinggian polibeg mengikut jenis sayuran yang ditanam. Semasa mendirikan kayu 3"x3" di bahagian tengah yang berfungsi mengukuhkan struktur, dawai yang bersilang di bahagian atas kayu (seperti dalam gambar di bawah) perlu dipaku agar kayu tersebut tidak tumbang.

Kerja-Kerja Menyiapkan Sistem Paip
Untuk menggantung polibeg, biasanya tali yang digunakan ialah tali pukat nombor 70. Tali ini ternyata lebih tahan dari jenis nylon dan tahan panas.Tali pukat ini dipotong mengikut ketinggian polibeg digantung dan diikat pada dawai dengan jarak 2 kaki antara polibeg. Tali pukat ini boleh dikerat lebih panjang dari 3 kaki bergantung kepada jarak polibeg dengan tanah. Sementara di bahagian bawah tali ini diikat pula pada dawai berbentuk "S" yang akan digunakan untuk menggantung polibeg dan Tubebin 16mm.

Pak Manan (Kiri) & Tuan Mukhtar (Kanan)
menyangkut polibeg dan Tubebin ke dawai "S"
Medium yang digunakan untuk tanaman ala-fertigasi ini ialah sabut kelapa yang telah diproses. Biasanya sabut ini boleh digunakan antara 5 hingga 6 pusingan tanaman. Sebelum digunakan semula, ia perlu dibasmi kuman terlebih dahulu. Pada kebiasaannya sebelum sabut ini dimasukkan ke dalam polibeg, kita biarkan sabut yang masih dalam guni ini terdedah kepada hujan agar ia basah dan memudahkan kita masukkan sabut ini ke dalam polibeg. Jika tiada hujan kaedah siraman air ke atas guni sabut ini boleh dipraktikan. Jika sabut ini dalam keadaan kering, ia berhabuk. Satu perkara lagi , semasa kita menyemai benih ke dalam polibeg kita perlukan sabut ini dalam keadaan basah untuk memudahkan benih ini bercambah. Sabut yang dibeli dari kilang ini kebiasaannya diisi di dalam guni. Setelah tanaman timun ini dituai, lapisan atas sabut pusingan lepas kita buang kira-kira separuh polibeg dan kita tambah separuh lagi dengan sabut yang baru. Semasa menanam benih timun ke dalam polibeg, kedalaman benih tersebut hanya seruas jari sahaja. Jika kita semai terlalu dalam, ia lambat tumbuh.


Sabut Kelapa
Tali rafia diikat pada dawai di bahagian tepi
Cara mudah untuk menarik tali rafia ini ialah dengan menebuk beberapa lubang di buluh atau kayu di mana tali rafia ini akan dimasukkan ke dalam lubang ini dan tali rafia boleh ditarik beberapa baris secara serentak.




Menambah tali rafia yang putus di bahagian para
menggunakan kaedah buluh yang ditebuk
Setelah polibeg digantung, tali rafia dari jenis berkualiti tinggi diikat pada dawai antara kayu sagang dalam jarak 1 kaki. Tali rafia ini berfungsi sebagai "para" tambahan bagi membolehkan pokok timun ini menjalar. Jika jarak tali rafia melebihi 1 kaki, pokok timun yang menjalar akan jatuh.


Tali rafia ini penting memandangkan jarak antara dawai ialah 8 kaki x 8 kaki dan jarak ini tidak memungkinkan sayur untuk menjalar di atas "para". Jadi bagi merapatkan jarak antara dawai ini maka tali rafia digunakan.


Setelah semua polibeg digantung, kerja-kerja memasang tubebin 16mm pun bermula. Tubebin ini adalah untuk tujuan pengairan tanaman dan juga pembajaan.


Pemasangan Tubebin 16mm
Tubebin 16mm ini dipasang di bahagian atas polibeg bagi mewujudkan tekanan air secara graviti untuk keperluan tanaman. Bagi tujuan pembajaan, Tubebin yang sama juga digunakan.


Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan tubebin ini, ia disangkut pada dawai "S" yang digunakan untuk menyangkut polibeg. Cara ini menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Apabila tubebin diletakkan di atas dawai "S", dawai "S" tadi dibengkokkan sedikit supaya ia lebih kemas dan tubebin tidak terjatuh.


Dawai "S" Diperbuat Dari Dawai No 8
Pandangan dari tingkat 4 Blok A


Fasa I Projek ini melibatkan 39 lorong polibeg gantung dan 19 baris. Setiap baris 4 polibeg digantung dengan jarak 2 kaki setiap polibeg. Walaupun begitu terdapat lorong di bahagian tepi yang tidak digantung polibeg kerana ditempatkan tangki air. Jadi kapasiti sebenar kawasan ini ialah 2,841 polibeg.
Setelah kerja-kerja menggantung polibeg dan pemasangan tubebin 16mm, kerja-kerja berikutnya ialah merapatkan jarak para dengan menggunakan tali rafia. Tali rafia ini direntang kiri dan kanan yang membentuk segiempat sama dengan jarak 1 kaki x 1 kaki.

Tali Rafia Berkualiti Tinggi
(Dehydrated Plastic String)


Jenis tali rafia yang digunakan untuk membuat para
Tali rafia disilang membentuk empat segi sama


Tali rafia ini juga dipasang antara tiang kayu dan tongkat buluh yang berfungsi sebagai tempat jalar timun memanjat untuk naik ke para.

Tali rafia diregang antara tiang dengan buluh
Jenis paip yang digunakan untuk tujuan pengairan ialah paip PVC atau Polypipe. Dari paip utama inilah air dan baja disalur ke polibeg tanaman.

Kerja pemasangan paip PVC
Sistem Paip Utama
Setelah kerja-kerja memasang paip utama disiapkan, microdrig 1mm akan dikerat kira-kira 6 inci setiap satu untuk disambung ke tubebin 16mm. Microdrig ini pula akan disambung kepada Pen Dripper yang dibenamkan ke dalam sabut yang terdapat dalam polibeg. Tujuan Pen Dripper ini ialah untuk memastikan supaya air yang dialirkan tidak terkeluar dari polibeg. Untuk menebuk tubebin ini satu alat khas digunakan yang boleh dibeli di kedai Hardware di Cameron Highlands dengan harga serendah RM2.00 sahaja.


Penebuk Tubebin (Puncher+Tee)
Pen Dripper
Microdrig (paip halus warna kuning) & Pen Dripper
Untuk mengawal aliran air dari tangki ke polibeg, stop cork digunakan pada tubebin. Stop Cork ini dipasang di setiap barisan polibeg atau dipasang terus dari paip utama. Kaedah yang menjimatkan kos dan masa ialah memasang stop cork terus dari paip utama seperti dalam gambar kedua di bawah.


Fasa I: Stop Cork dipasang atas sebaris dengan tubebin


Fasa II: menggunakan stop cork terus dari paip utama
(Kaedah ini lebih menjimatkan kos dan masa)


 Komponen Penyambung Paip Utama Ke Tubebin


 Cara Pemasangan Ke Paip Utama


Sambungan Tubebin ke Paip Utama
Bagi membekalkan air ke polibeg, 4 buah tangki dengan kapasiti 600 gelen setiap satu digunakan bagi memastikan bekalan air  tidak terputus. 4 tangki ini mencukupi bagi membekalkan air kepada 3,000 polibeg tanaman timun. Tangki ini juga digunakan untuk membancuh baja yang akan disalurkan kepada tanaman sayuran nanti.


Tangki Air 600 gelen
Cara meletakkan tangki 600 gelen ini di atas tanah ialah dengan meletakkan timbunan pasir yang diratakan terlebih dahulu agar apabila tangki air ini diletakkan di atas pasir tadi, tiada ruang di bahagian tapak bawah. Kebiasaannya di tapak bawah tangki terdapat ruang udara. Jika ada ruang udara ini, ia memungkinkan tikus bersarang dan kemungkinan tangki ini akan bocor. Timbunan pasir di bawah tangki ini berfungsi untuk menutup ruang udara tersebut. Dua buah tangki 200 liter diperlukan untuk membancuh baja. Dua jenis baja fertigasi digunakan iaitu baja A dan baja B. Kedua-dua jenis baja ini disediakan berasingan tetapi dicampur sekali ke dalam tangki besar 600 gelen yang disalurkan ke polibeg.


Tangki Baja Fertigasi A & B


Dari segi pH air yang diperlukan oleh tanaman timun ini ialah antara jeda 5.0 - 6.0 Namun pH air yang terbaik ialah 5.5


Alat untuk mengukur tahap pH Air


Dari segi kepekatan baja pula bacaan EC (Electrical Conductivity) ialah:

Bacaan EC 1.5 - 2.0 (Mula timun ditanam hingga timun berbunga)
Bacaan EC 2.0 - 2.5 (Timun berbunga hingga berbuah)


Alat yang kita gunakan untuk mengukur Kepekatan Baja


Alat penimbang yang digunakan untuk menyukat baja:


Calsium Nitrate
Iron Chelate
Magnesium Sulphate
Mangan Sulphate
Boric Asid
Zink Sulphate
Ammonium Molybdate
Formulasi baja yang kita gunakan adalah dengan ihsan pihak MARDI Cameron Highlands. Secara puratanya penggunaan baja Fertigasi (A+B) bagi 1,000 polibeg ialah 5 set.



Bagi memastikan baja ini disalurkan mengikut jadual, timer digunakan bagi menghidupkan motor air. 
Timer Untuk Pam Air Ke Polibeg


Benih yang kita gunakan ialah dari jenis F1 Hybrid Cucumber (Timun Hijau) 747.                 

   
Racun serangga (seperti ulat & Api-Api)
Untuk projek tanaman sayur timun  di SMK Kuala Jengal, kita telah mula menanam pada pagi 10 Oktober 2012Walaupun kita menyemai benih ke dalam polibeg, kita juga perlu juga membuat semaian tambahan bagi tujuan menggantikan anak benih yang rosak atau bantut. Biasanya kita membuat semaian tambahan dengan nisbah 1 tray semaian untuk 1,000 polibeg.
Tray semaian tambahan


Hari Ke-4


Timun Batang (Cucumis Sativus) Hari Ke-5


Hari Ke-7
Hari Ke-11


Hari Ke-14
Paip PVC 3/4" dipotong untuk digunakan sebagai
pengikat Tubebin di bahagian hujung


Hari Ke-17
Hari Ke-20


Hari Ke-21 
(Kedudukan polibeg direndahkan berbanding pusingan sebelumnya)
Hari Ke-23
Hari Ke-26
Pandangan Dari Atas: Hari Ke-26
Hari Ke-30: Berbunga


Mula Berputik
Hari Ke-33 (Pandangan Dari Blok A)
Hari Ke-33


Hari Ke-33


Hasil mula dituai pada hari ke-35





Kutipan sehari
(Biasanya kita kutip pada sebelah petang)

Kerja-Kerja Packing Timun


Plastik Pembungkus Timun

Sebungkus 10kg


Bersiap sedia untuk dipasarkan
Pegawai Pelajaran Daerah Dungun 
Tuan Haji Bakar Bin Jusoh
Turut Bersama Memberi Sokongan Moral
Hari ke-38 (hari ke-3 tuai)
Hasil Tuaian Timun di SMK Kuala Jengal, Dungun
Hasil Timun turut dipasarkan di Pekan Budaya Dungun
Suasana Di Pekan Budaya Dungun Waktu Malam


Timun SMK Kuala Jengal turut dipasarkan 
di Pasaraya ANEKA, Dungun


Timun SMK Kuala Jengal juga dipasarkan 
di Pasaraya YOU HOE, Dungun


Pasaran utama ialah di Pasar Borong Pengadang Baru
Kuala Terengganu


Dari segi pemasaran juga kita mendapat status Peserta Ladang Kontrak dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Purata hasil yang dijual secara borong ialah 15,000 kg (15 tan) bagi setiap pusingan. 




Kita juga menerima kunjungan pelawat dari berbagai agensi bagi memberi sokongan moral kepada projek tanaman timun ini.
YDP PIBG Merangkap AJP PPK Jerangau, Tuan Haji Andera Mat Zin
Turut Turun Padang Ke Projek Timun Sekolah


Masyarakat setempat yang terdiri dari ibu bapa pelajar
turut membantu menyiapkan laluan di projek tanaman timun
pada sebelah malam


Pegawai LPP Terengganu Tuan Haji Hashim Abas (Kiri Sekali) 
Bersama Pegawai PPK Jerangau Membuat Lawatan Kerja 
Ke Projek Tanaman Timun 


Lawatan Pegawai Veterinar Negeri Terengganu


Lawatan Usahawan Dari Kuantan


Lawatan Pengetua Maahad Tahfiz Sg Siput, Perak 
Ke Tapak Baru Fasa II Tanaman Timun SMK Kuala Jengal, Dungun


Mahasiswi Fakulti Perhotelan UiTM Terengganu Kampus Dungun
Menjalankan Kajian Dalam Bidang Keusahawanan.
Dari Kiri: Rabiatul Hazwani Rosli, Nursuhada Abd Latif, 
Nurfarhana Amira Zohaimi, Nur Yuzy Rienda Yusri
dan Nur Zunnurain Mohd Zain


Biasanya setelah 3 hingga 4 minggu hasil dituai, pokok timun ini akan dipotong bagi mematikan pokok ini. Pada kebiasaannya kalau cuaca panas berterusan, tempoh seminggu memadai untuk kita membuang semua pokok-pokok timun lama dari polibeg.



Setelah dikerat batang pokok timun ini, pokok timun yang telah kering dikeluarkan dari tapak tanaman dan dibakar bagi mengelakkan jangkitan virus tanaman untuk pusingan berikutnya.


Setelah semua sisa tanaman pusingan semasa dikeluarkan, kerja-kerja meracun rumput di bawah polibeg dilakukan untuk mengelakkan dari rumput-rumput ini menjadi perumah kepada serangga perosak tanaman.



Bagi menyelaras ketinggian polibeg dari tanah, semua polibeg di Lot Fasa I dan II direndahkan supaya buah senang dituai dan gred yang dihasilkan lebih baik berbanding dengan buah di aras para. Kaedah ini masih di peringkat percubaan. Untuk memastikan segala perancangan yang dibuat berjalan seperti mana yang dijadualkan, kerja-kerja turut dilakukan pada sebelah malam. Kerja pada waktu malam ini lebih kondusif berbanding pada waktu siang yang agar panas dan terhad pada awal pagi dan lewat petang sahaja.


Setelah tiga pusingan projek tanaman timun SMK Kuala Jengal dilaksanakan, Fasa kedua untuk projek yang sama pun bermula. Lokasi yang dipilih ialah di tepi padang bola di mana kedudukan tiang gol bola sepak dialih ke posisi lain tanpa mengubah spesifikasi dan standard yang ditetapkan.  


Kerja-Kerja Mengukur Tapak Fasa II 

Sistem Paip Di Tapak Fasa II


 Meregang Dawai Bagi Menentukan Kawasan

Memasang Kayu Sagang dan Merentang Dawai

Tapak Fasa II Tanaman Timun 
SMK Kuala Jengal, Dungun


Bagi Fasa II ini pula melibatkan 43 lorong polibeg yang digantung dan 19 baris. Setiap baris 4 polibeg dengan jarak 2 kaki setiap polibeg. Jadi jumlah semua polibeg Fasa II ini ialah 3,268 polibeg. Ini bermakna jumlah keseluruhan Fasa I (2,841 polibeg) dan Fasa II (3,268 polibeg) ialah 6,109 polibeg. Setiap polibeg ditanam 2 pokok timun menjadikan jumlah semua pokok timun yang ditanam ialah 12,218 pokok.

Fasa II: Polibeg siap digantung

Sebelum anak benih ditanam, tapak yang baru biasanya diracun bagi mengelakkan rumput menjadi perumah kepada serangga perosak tanaman.



Semaian benih pusingan pertama bagi Projek Tanaman Timun Fasa II ini ialah pada hari Ahad: 23 Jun 2013.


Kerja-kerja akhir sebelum anak benih disemai


Fasa II Mula Mengeluarkan Hasil


Kutipan Timun Fasa II
Bersiap sedia untuk memasarkan hasil tanaman timun
SMK Kuala Jengal Fasa I & II



Fasa I: Hari Ke-33 (Pusingan Ke-4)


Pemandangan Projek Tanaman Timun
Fasa I & II

41 comments:

  1. Terima kasih atas sokongan moral.... semoga ia mampu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam bidang pertanian...

    ReplyDelete
  2. ooooo....setat doh ke projek sayur?...

    belakang umah aku rasa boleh wat jugak ni...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. berapa jumlah pokok timun yang di tanam?

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada semua terutama kepada GB, PIBG , En Zul dan semua yang terlibat dengan penuh azam dan semangat sehingga berjaya... Syabas...

    ReplyDelete
  6. Untuk Fasa I ini kita dah tanam 6,000 pokok. Jumlah polibeg ialah 3,000 (satu polibeg = 2 pokok. Terima kasih atas sokongan moral dari rakan-rakan dan agensi yang terlibat khususnya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerangau dan Pejabat Pertanian Daerah Dungun......

    ReplyDelete
  7. berapa tan hasil yang dikeluarkan?

    ReplyDelete
  8. Sama macam dalam paper harian metro tu ke?projek skolah rendah

    ReplyDelete
  9. tuan update lah gambar terbaru... boleh dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  10. Terbaaek cg. man!!

    ReplyDelete
  11. Dalam Harian Metro tu bukan SMK Kuala Jengal. Itu SK Tepus. dia orang buat dulu dari kita. cuma dia orang tidak dokumentasi seperti dalam blok ini.

    Jumlah hasil bagi permulaan tanaman ini ialah 17 tan (17,000 kg). Ini adalah pengalaman pertama kita mengusahakan projek pertanian.

    ReplyDelete
  12. boleh ker tanaman nie di lakukan di kawasan mcm porch?porch tuh luas dlm linkungan 3/4 luas pdang bola sepak.. berbumbung setinggi bangunan 4 tingkat. dan berlantai bata.

    ReplyDelete
  13. brape kos keseluruhan projek?

    ReplyDelete
  14. Anonymous:
    Masalah tempat berbumbung ialah kadar kemasukan cahaya matahari. mungkin boleh dicuba......kos projek bagi 3,000 polibeg sekitar 15K.....

    ReplyDelete
  15. tahniah....semoga Allah merahmati tuan OBO.

    ReplyDelete
  16. Syabas Cikgu , Info yang sangat-sangat berguna terima kasih

    ReplyDelete
  17. Anonymous:
    Terima kasih atas sokongan moral.... Insyaallah kita akan perincikan dengan lebih teratur agar memudahkan rakan-rakan kita untuk melaksanakan projek seperti ini. Ini termasuklah kadar bancuhan baja dan tatacara melaksanakannya.

    ReplyDelete
  18. Tahniah cg Man....Semoga projek ini menjadi contoh dan rujukan kpd usahawan pertanian yg lain....Terbaeaakkk!!

    ReplyDelete
  19. Mohd Nor Azizi:
    Terima kasih atas sokongan moral tuan......

    ReplyDelete
  20. Baguslah blog ini. Saya sangat suka kerana ia dapat memberi inspirasi kepada kita semua.Apa yang penting pihak sekolah tidak hanya memikirkan minta derma dan sumbangan dari pihak lain.

    ReplyDelete
  21. salam en omar
    boleh sms no telefon kepada saya
    ada beberapa pertanyaan mengenai tanaman timun
    sila sms saya di 0182702096
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya silap
      en othman bin omar

      Delete
  22. Salam Tuan, tuan guna racun serangga florbac sahaja ke ada lg racun lain. Kat mana boleh beli racun nie?

    ReplyDelete
  23. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
    Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
    1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dekat port klang.
    urusan hantar boleh di buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729

    ReplyDelete
  24. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
    Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
    1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dekat port klang.
    urusan hantar boleh di buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729
    or e-mail : marketing@seribubio.com
    Chandrar@seribubio.com

    ReplyDelete
  25. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
    Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
    1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dekat port klang.
    urusan hantar boleh di buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729
    or e-mail : marketing@seribubio.com
    Chandrar@seribubio.com

    ReplyDelete
  26. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
    Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
    1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dekat port klang.
    urusan hantar boleh di buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729
    or e-mail : marketing@seribubio.com
    Chandrar@seribubio.com

    ReplyDelete
  27. salam...nak tanya kpd mr. obo...untuk 3000 polybeg, berapa set baja a + b diperlukan untuk semusim..tq

    ReplyDelete
  28. Shamsul Sabirin:
    Sejak tukar dari sekolah ini ke sekolah lain saya sudah tidak uruskan lagi projek ini. Maaflah saya dah tak ingat jumlah set baja A dan B tu.... Apapun untuk sebarang pertanyaan Shamsul boleh menghubungi En Zulkifli Awang (penyelia asrama sekolah ini) yang mengurus projek sekolah dan projek beliau sendiri di Kuala Jengal. No telefon En Zul 013-9841567

    ReplyDelete
  29. OBO. Your students must be gifted to get a teacher like you. Salutes to you.

    ReplyDelete
  30. Biasa saja ni.....Jaganathan. mengisi masa terluang.....

    ReplyDelete
  31. salam, saya ada tanah 1/2 ekar. kalau tanam secara fertigasi, berapakah kapasiti bilangan polibeg @pokok timun?

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum tuan..bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat kadar bancuhan baja bagi timun.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum encik boleh encik bagi tahu formula baja bagi pokok timun ni/kadar bancuhan baja yang sesuai untuk tanaman timun..

    ReplyDelete
  34. Salam. Saya berminat nak belajar fertigasi jenis gantung ni. Kalau en boleh bagi no tel saudara Khairuddin Mohamad sangat lah di hargai

    ReplyDelete
  35. Dear OBO,

    Could you tell me How many feet from polybag to each other?

    I really like this style so much to grow vegetable.

    Best Regards,
    Sambath

    ReplyDelete
  36. Salam encik.. Ada buat pakej fertigasi gantung timun tak?

    ReplyDelete
  37. Salam encik..boleh x encik senaraikan berapa jenis racun dan vitamin yang digunakan..dan hari keberapa sepatutnya ia di gunakan..

    ReplyDelete